Orang yang berpuasa itu bersiwak dengan siwak yang basah dan kering pada awal hari dan akhir hari (petang)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يستاك الصائم برطب السواك ويابسه أول النهار وآخره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berpuasa itu bersiwak dengan siwak yang basah dan kering pada awal hari dan akhir hari (petang).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1161, hadis nombor 5872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يستاك الصائم برطب السواك ويابسه أول النهار وآخره. [عق، ابن حبان في الضعفاء، هق، الضعيفة (6349)]

(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, daripada Nabi SAW: Orang yang berpuasa itu bersiwak dengan siwak yang basah dan kering pada awal hari dan akhir hari (petang). [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6349]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.