Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَائِمُ في عبادةٍ، مَا لَمْ يَغْتَبْ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang berpuasa itu berada dalam keadaan ibadah selama mana dia tidak mengumpat orang.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis no. 88. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه-: ((الصائم في عبادة، ما لم يغتب)). [عد، ((الضعيفة)) (1829)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA: Orang yang berpuasa itu berada dalam keadaan ibadah selama mana dia tidak mengumpat orang. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1829]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman