Orang yang berlumba dalam kalangan kami akan terkehadapan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سابقنا سابق، ومقتصدنا ناج، وظالمنا مغفور له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berlumba dalam kalangan kami akan terkehadapan. Orang yang sedang-sedang sahaja dalam kalangan kami akan selamat (lulus). Dan orang yang zalim dalam kalangan kami akan diampunkan baginya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2017, hadis nombor 10135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعا: سابقنا سابق، ومقتصدنا ناج، وظالمنا مغفور له.
[عق، فر، ((الضعيفة)) (3678)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Umar bin al-Khaṭṭāb RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang berlumba dalam kalangan kami akan terkehadapan. Orang yang sedang-sedang sahaja dalam kalangan kami akan selamat (lulus). Dan orang yang zalim dalam kalangan kami akan diampunkan baginya.
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3678]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.