Orang yang berkaki ayam ketika membuat amal kebaikan akan digandakan ganjarannya berbanding orang yang berkasut

TEKS BAHASA ARAB

إذا تسارعتم إلى الخير، فامشوا حفاة، فإن المحتفي يضاعف أجره على المنتعل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian bergegas untuk membuat kebaikan, berjalanlah berkaki ayam, kerana orang yang berkaki ayam akan digandakan ganjarannya mengatasi orang yang berkasut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1993, hadis nombor 9983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا تسارعتم إلى الخير، فامشوا حفاة، فإن المحتفي يضاعف أجره على المنتعل)).
[طس، خط، ((الضعيفة)) (2438)]

(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian bergegas untuk membuat kebaikan, berjalanlah berkaki ayam, kerana orang yang berkaki ayam akan digandakan ganjarannya mengatasi orang yang berkasut.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, dan Khāṭib al-Baghdādī dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 2438]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs