Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تسارعتم إلى الخيرِ، فامْشُوا حُفاةً، فإن المحتفِي يُضَاعَفُ أجرُه على المنتعِلِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kalian bergegas untuk membuat kebaikan, berjalanlah berkaki ayam, kerana orang yang berkaki ayam akan digandakan ganjarannya mengatasi orang yang berkasut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1993, hadis no. 9983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian bergegas untuk membuat kebaikan, berjalanlah berkaki ayam, kerana orang yang berkaki ayam akan digandakan ganjarannya mengatasi orang yang berkasut.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, dan Khāṭib al-Baghdādī dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 2438]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman