Orang yang berjalan berkaki ayam dalam keadaan taat kepada Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الماشي الحافي في طاعة الله، يدخل منزله وليس عليه خطيئة يطالبه الله بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Orang yang berjalan berkaki ayam dalam keadaan taat kepada Allah SWT, dia akan masuk ke dalam rumahnya dan tidak ada satu dosa keatasnya yang dituntut oleh Alllah SWT terhadapnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 275, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن شاهين عن ابن عباس مرفوعا، بإسناد فيه وضاع ومتروك.

Ibn Syahin meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dengan sanad padanya ada perawi yang mereka hadith dan perawi yang ditinggalkan riwayatnya kerana dituduh berdusta. Al-Tabarani meriwayatkan daripadanya dengan sanad yang ada periwayat pereka haditsh juga. Al-Hakim meriwayatkan dengan sanad yang yang ada periwayat pereka haditsh juga.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs