Orang yang beriman sesama mereka itu sentiasa menasihati serta berkasih sayang

TEKS BAHASA ARAB

المؤمنون بعضهم لبعض نصحة وادون؛ وإن بعدت منازلهم وأبدانهم، والفجرة بعضهم لبعض غششة متخاونون؛ وإن اقتربت منازلهم وأبدانهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang beriman sesama mereka itu sentiasa menasihati serta berkasih sayang, sekali pun tempat tinggal dan jasad mereka jauh. Manakala golongan yang jahat sesama mereka itu saling menipu dan mengkhianati, sekali pun rumah dan jasad mereka berhampiran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 103, hadis nombor 533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: المؤمنون بعضهم لبعض نصحة وادون؛ وإن بعدت منازلهم وأبدانهم، والفجرة بعضهم لبعض غششة متخاونون؛ وإن اقتربت منازلهم وأبدانهم.
[أبو بكر المعدل في ((اثنا عشر مجلساً من الأمالي))، ((الضعيفة)) (5175)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang beriman sesama mereka itu sentiasa menasihati serta berkasih sayang, sekali pun tempat tinggal dan jasad mereka jauh. Manakala golongan yang jahat sesama mereka itu saling menipu dan mengkhianati, sekali pun rumah dan jasad mereka berhampiran.
[Riwayat Abū Bakr al-Mu‘addal dalam Ithnā ‘Ashara Majlisan min al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5175]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs