Orang yang beriman itu mudah terpesona

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المؤمن غر كريم، والمنافق خب لئيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang beriman itu mudah terpesona dan pemurah, sedangkan orang munafik itu licik dan bakhil.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 151, hadis nombor 262. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع. من حديث ((المصابيح)).

Palsu. Daripada hadis kitab al-Masabih.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.