Orang yang beriman itu bersifat cemburu (berlumba dalam kebaikan) dan orang munafik itu bersifat hasad dengki.

TEKS BAHASA ARAB

المؤمن يغبط والمنافق يحسد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang beriman itu bersifat cemburu (berlumba dalam kebaikan) dan orang munafik itu bersifat hasad dengki.

STATUS

Tiada asal. Ia adalah kalam Fudhail.

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«الْمُؤْمِنُ يَغْبِطُ وَالْمُنَافِقُ يَحْسُدُ» لَمْ يُوجد وَإِنَّمَا هُوَ من كَلَام الفضيل.

“Orang yang beriman itu bersifat cemburu (berlumba dalam kebaikan) dan orang munafik itu bersifat hasad dengki”. Hadis ini tidak dijumpai sumbernya. Ia adalah kata-kata Fudhail.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs