TEKS BAHASA ARAB
المتعبد بغير فقه كالحمار في الطاحون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang beribadah tanpa kefahaman seperti keldai dalam kincir angin.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 76, hadis nombor 436. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Ibrahim al-Shami si pemalsu hadith. Nu’aim bin Hammad menyokong riwayat Muhammad bin Ibrahim, namun Nu’aim terdapat pertikaian terhadapnya. Di samping itu, dalam sanad kepada beliau juga terdapat perawi yang tidak dikenali, maka kerosakan hadith tersebut berpunca daripada perawi yang tidak dikenali itu, bukan berpunca daripada Nu’aim. Ibn al-Jawzi turut berkata: Palsu.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.