Orang yang beribadah tanpa kefahaman seperti keldai pada pengisar gandum

TEKS BAHASA ARAB

المتعبد بلا فقه كالحمار في الطاحونة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang beribadah tanpa kefahaman seperti keldai pada pengisar gandum.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1236, hadis nombor 6302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه، مرفوعا: المتعبد بلا فقه كالحمار في الطاحونة.
[عد، ((الضعيفة)) (782)]

(Palsu)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’: Orang yang beribadah tanpa kefahaman seperti keldai pada pengisar gandum.
[Riwayat Ibn 'Adiy dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 782]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.