Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الْمُتَعَبِّدُ بلا فقْهٍ كالحمارِ في الطاحونَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang beribadah tanpa kefahaman seperti keldai pada pengisar gandum.
Sahabat Perawi
- Wathilah bin Al-Asqa' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1236, hadis no. 6302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه، مرفوعا: المتعبد بلا فقه كالحمار في الطاحونة. [عد، ((الضعيفة)) (782)]
(Palsu) Daripada Wathilah bin al-Asqa' RA secara marfu': Orang yang beribadah tanpa kefahaman seperti keldai pada pengisar gandum. [Riwayat Ibn 'Adiy dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 782]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman