Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang yang beribadah tanpa kefahaman

Teks Bahasa Arab

المُتَعَبِّدُ بِغَيْرِ فِقْهٍ كَالْحِمَارِ فِي الطَّاحُونِ.

Teks Bahasa Melayu

Orang yang beribadah tanpa kefahaman seperti keldai dalam kincir angin.

Sahabat Perawi

  1. Wailah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 76, hadis no. 436. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Ibrahim al-Shami si pemalsu hadith. Nu'aim bin Hammad menyokong riwayat Muhammad bin Ibrahim, namun Nu'aim terdapat pertikaian terhadapnya. Di samping itu, dalam sanad kepada beliau juga terdapat perawi yang tidak dikenali, maka kerosakan hadith tersebut berpunca daripada perawi yang tidak dikenali itu, bukan berpunca daripada Nu'aim. Ibn al-Jawzi turut berkata: Palsu.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.