Orang yang berhutang akan dipenjarakan di dalam kuburnya

TEKS BAHASA ARAB

صاحب ‌الدين مأسور في قبره يشكو إلى الله الوحدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berhutang akan dipenjarakan di dalam kuburnya dan dia sentiasa mengadu kepada Allah akan kesunyian tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 595, hadis nombor 3068. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء –رضي الله عنه– مرفوعا: ((‌صاحب ‌الدين مأسور في قبره يشكو إلى الله الوحدة)). [طس، الرافقي في ((حديثه))، الروياني، الإستراباذي في ((مجلس من الأمالي))، البغوي، ((الضعيفة)) (1376)].

(Lemah) Daripada al-Bara’ RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): “Orang yang berhutang itu akan dipenjarakan didalam kuburnya dan mengadu kepada Allah bahawa dia keseorangan.” [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Rafiqi dalam Hadith beliau, al-Ruyani dalam Musnadnya, al-Istrabazi dalam Majlis minal Amali, dan al-Baghawi dalam Sharhu al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1376]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.