Orang yang berhenti apabila bertemu dengan perkara yang meragukan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الورع: الذي يقف عند الشبهة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berhenti apabila bertemu dengan perkara yang meragukan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035 hadis nombor 10243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله! من الورع؟ قال: الذي يقف عند الشبهة.
[إبن أبي الدنيا في ((الورع))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4760)]

(Palsu)
Daripada Wasilah bin al-Asqa’ RA, berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang warak? Rasulullah bersabda: Orang yang berhenti apabila bertemu dengan perkara yang meragukan.
[Riwayat Ibn Abu Dunya dalam al-Wara', al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4760]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.