Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الوَرِعُ: الذي يقِفُ عند الشُّبهةِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang berhenti apabila bertemu dengan perkara yang meragukan.
Sahabat Perawi
- Wasilah bin al-Asqa’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035, hadis no. 10243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه ، قال: قلت: يا رسول الله! من الورع؟ قال: الذي يقف عند الشبهة. [إبن أبي الدنيا في ((الورع))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4760)]
(Palsu) Daripada Wasilah bin al-Asqa’ RA, berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang warak? Rasulullah bersabda: Orang yang berhenti apabila bertemu dengan perkara yang meragukan. [Riwayat Ibn Abu Dunya dalam al-Wara', al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4760]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman