Orang yang berdusta itu tidak beriman

TEKS BAHASA ARAB

إنما يفتري الكذب من لا يؤمن، إن العبد يزل الزلة، ثم يرجع إلى ربه فيتوب، فيتوب الله عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berdusta itu tidak beriman. Sesungguhnya hamba Allah itu tergelincir, kemudian dia kembali kepada Tuhannya lalu bertaubat, maka Allah mengampuninya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2046, hadis nombor 10296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي درداء -رضي الله عنه- قال: يا رسول الله! هل يسرق المؤمن؟ قال: قد يكون ذلك. قال: هل يزني المؤمن؟ بلى وإن كره أبو الدرداء. قال: هل يكذب المؤمن؟ قال: إنَّما يَفتَري الكذِبَ مَن لا يؤمِنُ، إنَّ العبدَ يزِلُّ الزَّلَّةَ، ثمَّ يرجعُ إلى ربِّهِ فيتوبُ، فيتوبُ اللَّهُ عليهِ.
[الطبري في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (5521)]

(Palsu)
Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah dalam kalangan orang beriman yang mencuri? Rasulullah menjawab: Boleh jadi. Beliau bertanya: Adakah dalam kalangan orang beriman yang berzina? Baginda menjawab: Ya, meski Abu al-Darda’ membencinya. Beliau bertanya lagi: Adakah dalam kalangan orang beriman yang berdusta? Baginda menjawab: Orang yang berdusta itu tidak beriman. Sesungguhnya hamba Allah itu tergelincir, kemudian dia kembali kepada Tuhannya lalu bertaubat, maka Allah mengampuninya.
[Riwayat al-Tabari dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5521]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs