Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الداعِي والمؤمنُ في الأجرِ شَرِيكانِ، والقارئُ والمستمعُ في الأجرِ شَرِيكانِ، والعالِمُ والمتعلمُ في الأجرِ شَرِيكانِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang berdoa dan yang mengaminkan berkongsi pahala yang sama. Pembaca al-Qur'an dan pendengar juga berkongsi pahala yang sama, orang alim dan orang yang belajar juga berkongsi pahala yang sama.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1266, hadis no. 6470. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: الداعي والمؤمن في الأجر شريكان، والقارئ والمستمع في الأجر شريكان، والعالم والمتعلم في الأجر شريكان. [فر، ((الضعيفة)) (3608)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang berdoa dan orang yang mengaminkan berkongsi pahala yang sama. Pembaca al-Qur'an dan pendengar juga berkongsi pahala yang sama, orang alim dan orang yang belajar juga berkongsi pahala yang sama. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3608]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman