Orang yang berdoa dan orang yang mengaminkan doa sama-sama mendapat pahala

TEKS BAHASA ARAB

الداعي والمؤمن في الأجر شريكان، والقارئ والمستمع في الأجر شريكان، والعالم والمتعلم في الأجر شريكان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berdoa dan orang yang mengaminkan doa sama-sama mendapat pahala, orang yang membaca al-Qur’an dan orang yang mendengar al-Qur’an sama-sama mendapat pahala, orang yang berilmu dan orang yang belajar untuk menjadi alim sama-sama mendapat pahala.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1463, hadis nombor 7442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: ((الداعي والمؤمن في الأجر شريكان، والقارئ والمستمع في الأجر شريكان، والعالم والمتعلم في الأجر شريكان)). [فر، ((الضعيفة)) (3608)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang berdoa dan orang yang mengaminkan doa sama-sama mendapat pahala, orang yang membaca al-Qur’an dan orang yang mendengar al-Qur’an sama-sama mendapat pahala, orang yang berilmu dan orang yang belajar untuk menjadi alim sama-sama mendapat pahala.
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3608]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs