TEKS BAHASA ARAB
مثل الرافلة في غير أهلها، كالظلمة يوم القيامة لا نور لها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang berbangga pada bukan ahli keluarganya, seperti kegelapan pada hari kiamat yang tidak ada cahaya padanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 780, hadis nombor 4002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ميمونة بنت سعد رضي الله عنها: مثل الرافلة في غير أهلها، كالظلمة يوم القيامة لا نور لها. [ت، أبو الشيخ في ((الأمثال))، والخطابي في ((غريب الحديث))، ((الضعيفة)) (1800)]
(Lemah) Daripada Maimunah binti Saad RA secara marfu’: “Orang yang berbangga pada bukan ahli keluarganya, seperti kegelapan pada hari kiamat yang tidak ada cahaya padanya.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Abu al-Syaikh dalam al-Amthal, al-Khattabi dalam Gharib al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1800]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.