Seseorang yang memiliki akhlak yang buruk tidak akan bertaubat daripada dosa

TEKS BAHASA ARAB

ما من شيء إلا له توبة، إلا صاحب سوء الخلق، فإنه لا يتوب من ذنب إلا عاد في شر منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesuatupun melainkan baginya ada taubat, melainkan seseorang yang memiliki akhlak yang buruk. Sesungguhnya dia tidak akan bertaubat daripada dosa, melainkan akan kembali kepada sesuatu yang lebih buruk daripadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 17, hadis nombor 25. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((ما من شيء إلا له توبة، إلا صاحب سوء الخلق، فإنه لا يتوب من ذنب، إلا عاد في شر منه)).
[طص، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (126، 5266)]

(Palsu) Daripada A’isyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada sesuatupun melainkan baginya ada taubat, melainkan seseorang yang memiliki akhlak yang buruk. Sesungguhnya dia tidak akan bertaubat daripada dosa, melainkan akan kembali kepada sesuatu yang lebih buruk daripadanya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.126, 5266]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs