Orang yang berada di dalam saf dan orang yang melaksanakan solat Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

صاحب الصف، وصاحب الجمع، لا يفضل هذا على هذا، ولا هذا على هذا. كأنه يريد صف القتال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang berada di dalam saf dan orang yang melaksanakan solat Jumaat, salah satu mereka tidak melebihi antara satu sama lain. Seakan baginda merujuk kepada saf di medan peperangan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 276, hadis nombor 1434. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ثوبان -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((صاحب الصف، وصاحب الجمع، لا يفضل هذا على هذا، ولا هذا على هذا. كأنه يريد صف القتال)).
[الرافعي، ((الضعيفة)) (3254)]

(Munkar)
Daripada Tsauban ―raḍiyallāhu ‘anhuma― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Orang yang berada di dalam saf dan orang yang melaksanakan solat Jumaat, salah satu mereka tidak melebihi antara satu sama lain. Seakan baginda merujuk kepada saf di medan peperangan.
[Riwayat al-Rafi’e. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3254]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs