TEKS BAHASA ARAB
في الأقلف يحج بيت الله؟ قال: ((لا؛ حتى يختتن)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang belum berkhatan adakah dia boleh melakukan haji ke Baitullah? Baginda berkata: “Tidak, sehingga dia berkhatan.”
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 753, hadis nombor 3855. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن منية بنت عبد بن أبي برزة عن جدها أبي برزة عن النبي- صلى الله عليه وسلم -: في الأقلف يحج بيت الله؟ قال: ((لا؛ حتى يختتن)).
[الرويان، هق، ((الضعيفة)) (5526)]
(Lemah) Daripada Munyah binti Abd bin Abi Barzah daripada datuknya Abi Barzah daripada Nabi SAW tentang orang yang belum berkhatan adakah dia boleh melakukan haji ke Baitullah? Baginda berkata: “Tidak, sehingga dia berkhatan.”
[Riwayat al-Rawiyan dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5526]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.