TEKS BAHASA ARAB
كلكم أفضل منه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kamu semua lebih afdal berbandingnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 15, hadis nombor 18. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مسلم بن يسار، قال: أن رفقة من الأشعريين كانوا في سفر، فلما قدموا قالوا: يا رسول الله! ليس أحد بعد رسول الله أفضل من فلان، يصوم النهار، فإذا نزلنا قام يصلي حتى يرتحل! قال: من كان يمهن له أو يعمل له؟، قالوا: نحن، قال: ((كلكم أفضل منه)).
[((الضعيفة)) (84)]
(Lemah) Daripada Muslim bin Yasar, beliau berkata: Sesungguhnya beberapa kumpulan daripada kalangan al-Asy’ariyyin berada dalam permusafiran. Sebaik sahaja mereka pulang, mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada seorang pun selepasmu wahai Pesuruh Allah yang lebih afdal berbanding si fulan. Beliau berpuasa di siang hari, dan ketika kami tiba di tempat itu, beliau bangun mendirikan solat sehinggalah tiba saat untuk beredar. Lalu Baginda bertanya: Siapakah yang mencari pendapatan untuknya atau bekerja untuknya? Mereka menjawab: Kami semua. Lalu Baginda bersabda: “Kamu semua lebih afdal berbandingnya.”
[Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.84]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.