Orang yang asing adalah apabila dia sakit, dia memandang ke kanan, kiri, depan dan belakang lalu dia mendapati tiada sesiapa yang mengenalinya

TEKS BAHASA ARAB

الغريب إذا مرض فنظر عن يمينه وعن شماله ومن أمامه ومن خلفه فلم ير أحداً يعرفه غفر الله له ما تقدم من ذنبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang asing adalah apabila dia sakit, dia memandang ke kanan, kiri, depan dan belakang, lalu dia mendapati tiada sesiapa yang mengenalinya, maka Allah mengampunkan dosanya yang akan datang dan dosa yang lalu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 996, hadis nombor 5137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس مرفوعا: الغريب إذا مرض فنظر عن يمينه وعن شماله ومن أمامه ومن خلفه فلم ير أحداً يعرفه غفر الله له ما تقدم من ذنبه. [فر، الضعيفة (3966)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang asing adalah apabila dia sakit, dia memandang ke kanan, kiri, depan dan belakang, lalu dia mendapati tiada sesiapa yang mengenalinya, maka Allah mengampunkan dosanya yang akan datang dan dosa yang lalu. [Riwayat al-Firdaus dalam Musnad al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3966].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs