Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العالمُ إذا أرادَ بعلمِهِ وجهَ اللهِ؛ هابهُ كُلُّ شيءٍ، وإذا أرادَ أن يُكَثِّرَ به الكنوزَ؛ هابَ من كلِّ شيءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang alim apabila dia menggunakan ilmunya kerana Allah, semua memujinya. Namun, apabila digunakan untuk tujuan memperbanyakkan harta, dia memuji semua perkara.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1269, hadis no. 6497. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: العالم إذا أراد بعلمه وجه الله؛ هابه كل شيء، وإذا أراد أن يكثر به الكنوز؛ هاب من كل شيء. [فر، ((الضعيفة)) (3928)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang alim apabila dia menggunakan ilmunya kerana Allah, semua memujinya. Namun, apabila digunakan untuk tujuan memperbanyakkan harta, dia memuji semua perkara. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3928]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman