Orang yang akan duduk bersama Allah esok (di akhirat) adalah orang yang warak dan zuhud ketika hidup di dunia

TEKS BAHASA ARAB

جلساء الله غدا أهل الورع والزهد في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang akan duduk bersama Allah esok (di akhirat) adalah orang yang warak dan zuhud (ketika hidup) di dunia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 615, hadis nombor 3201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سلمان – رضي الله عنه – مرفوعا: ((جلساء الله غداً أهل الورع والزهد في الدنيا)). [ابن أبي الدنيا في ((الورع))، معمر بن أحمد في ((الأربعين))، السلفي في ((معجم السفر))، فر، ((الضعيفة)) (3464)].

(Sangat Lemah)
Daripada Salman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Orang yang akan duduk bersama Allah esok (di akhirat) adalah orang yang warak dan zuhud (ketika hidup) di dunia.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Wara’, Ma’mar bin Ahmad dalam al-Arbain, al-Salafi dalam Mu'jam al-Safar, al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3464].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs