Orang yang menziarahi saudaranya di rumahnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الزائر أخاه في بيته، الآكل من طعامه، أرفع درجة من المطعم له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Orang yang menziarahi saudaranya di rumahnya, orang yang makan daripada makanannya lebih tinggi darjat berbanding orang yang memberi makan.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 92, hadis nombor 236. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن الجوزي: لا يصح، وقال في الميزان: خبر باطل.

Ibn al-Jauzi berkata: Tidak sahih.
al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: Hadith batil.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs