Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الزَّائِرُ أَخاهُ فِي بَيْتِهِ الآكِلُ مِنْ طَعَامِهِ أَرْفَعُ دَرَجَةً مِنَ المُطْعِمِ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang menziarahi saudaranya di rumahnya, orang yang makan daripada makanannya lebih tinggi darjat berbanding orang yang memberi makan.
Sahabat Perawi
- Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 42, hadis no. 215. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn al-Jawzi berkata: Tidak sahih. Al-Zahabi di bawah biografi Ahmad bin Ibrahim al-Saji berkata: Batil. Saya ulangi bahawa penulis (al-Suyuti) RH sekiranya mempunyai ilmu kritikan hadith, pasti beliau akan berasa malu untuk memasukkan hadith-hadith batil seperti ini.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman