Orang Yahudi bertemu Nabi Muhammad SAW bertanya tentang kejadian langit dan bumi

TEKS BAHASA ARAB

خلق الله الأرض يوم الأحد والإثنين، وخلق الجبال يوم الثلاثاء وما فيهن من منافع، وخلق يوم الأربعاء الشجر والمدائن والعمران والخراب؛ فهذه أربعة، ثم قال: {قل أئنكم لتكفرون بالذي خلق الأرض في يومين وتجعلون له أندادا ذلك رب العالمين. وجعل فيها رواسي من فوقها وبارك فيها وقدر فيها أقواتها في أربعة أيام سواء للسائلين} (الفصلت:9-10) لمن سأل، وخلق يوم الخميس السماء، وخلق يوم الجمعة النجوم والشمس والقمر والملائكة إلى ثلاث ساعات بقيت منه، فخلق في أول ساعة من هذه الثلاثة الآجال حين يموت من مات، وفي الثانية ألقى الآفة على كل شيء مما ينتفع به الناس، وفي الثالثة: آدم، وأسكنه الجنة، وأمر إبليس بالسجود له، وأخرجه منها في آخر ساعة. قالت اليهود: ثم ماذا يا محمد؛ قال: ثم {استوى على العرش}. قالوا: قد أصبت لو أتممت؛ قالوا: ثم استراح. فغضب النبي صلى الله عليه وسلم غضبا شديدا؛ فنزل: {ولقد خلقنا السماوات والأرض وما بينهما في ستة أيام وما مسنا من لغوب. فاصبر على ما يقولون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah menciptakan bumi pada hari Ahad dan Isnin, dan menciptakan bukit pada hari Selasa dan semua yang ada padanya daripada kebaikan, menjadikan pokok-pokok, kota-kota, binaan-binaan, serta kemusnahan pada hari Rabu, dan ini sudah mengambil masa selama empat (hari). Kemudian baginda membaca (ayat) ini: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya! Yang demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan sekalian alam, dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang terpasak (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya, dan menentukan ada pada-Nya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.” [Fussilat: 9-10] .Untuk orang yang bertanya dan Dia (Allah) menjadikan pada hari Khamis langit dan pada hari Jumaat, Allah menjadikan bintang-bintang, matahari, bulan, malaikat sehingga tiga jam terakhir yang berbaki, Dia (Allah) menjadikan pada jam pertama daripada tiga jam tersebut ketetapan ajal manusia. Pada jam kedua pula Dia (Allah) menjadikan kerosakan dalam setiap perkara yang dimanfaatkan oleh manusia. Pada jam ketiga, Dia (Allah) menjadikan Adam dan memasukkannya ke dalam syurga, lalu memerintahkan Iblis untuk sujud kepada Adam, seterusnya mengeluarkan Adam daripada syurga pada jam yang terakhir. Berkata Yahudi itu: Selepas itu apa yang berlaku, wahai Muhammad? Baginda menjawab: Kemudian: “Kemudian Ia bersemayam di atas Arasy,” [al-Furqan: 59] Mereka berkata: Kamu benar sekiranya kamu sempurnakannya (ayat). Mereka menambah: Kemudian Dia (Allah) beristirehat. Lalu Nabi SAW berasa marah yang teramat sangat (mendengar ucapan Yahudi itu). Kemudian diturunkan ayat: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu). [al-Qaf: 38-39).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1529, hadis nombor 7772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما-، قال: إن اليهود أتت النبي – صلى الله عليه وسلم-، فسألته عن خلق السماوات والأرض، قال: ((خلق الله الأرض يوم الأحد والإثنين، وخلق الجبال يوم الثلاثاء وما فيهن من منافع، وخلق يوم الأربعاء الشجر والمدائن والعمران والخراب؛ فهذه أربعة، ثم قال: {قل أئنكم لتكفرون بالذي خلق الأرض في يومين وتجعلون له أندادا ذلك رب العالمين. وجعل فيها رواسي من فوقها وبارك فيها وقدر فيها أقواتها في أربعة أيام سواء للسائلين} (الفصلت:9-10) لمن سأل، وخلق يوم الخميس السماء، وخلق يوم الجمعة النجوم والشمس والقمر والملائكة إلى ثلاث ساعات بقيت منه، فخلق في أول ساعة من هذه الثلاثة الآجال حين يموت من مات، وفي الثانية ألقى الآفة على كل شيء مما ينتفع به الناس، وفي الثالثة: آدم، وأسكنه الجنة، وأمر إبليس بالسجود له، وأخرجه منها في آخر ساعة. قالت اليهود: ثم ماذا يا محمد؛ قال: ثم {استوى على العرش}. قالوا: قد أصبت لو أتممت؛ قالوا: ثم استراح. فغضب النبي صلى الله عليه وسلم غضبا شديدا؛ فنزل: {ولقد خلقنا السماوات والأرض وما بينهما في ستة أيام وما مسنا من لغوب. فاصبر على ما يقولون})). [ابن جرير، وفي ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (5973)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: “Sesungguhnya orang Yahudi telah bertemu Nabi SAW lalu bertanya kepada baginda berkaitan kejadian langit dan bumi. Lalu baginda bersabda: ((Allah menciptakan bumi pada hari Ahad dan Isnin, dan menciptakan bukit pada hari Selasa dan semua yang ada padanya daripada kebaikan, menjadikan pokok-pokok, kota-kota, binaan-binaan, serta kemusnahan pada hari Rabu, dan ini sudah mengambil masa selama empat (hari). Kemudian baginda membaca (ayat) ini: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya! Yang demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan sekalian alam, dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang terpasak (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya, dan menentukan ada pada-Nya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.” [Fussilat: 9-10] .Untuk orang yang bertanya dan Dia (Allah) menjadikan pada hari Khamis langit dan pada hari Jumaat, Allah menjadikan bintang-bintang, matahari, bulan, malaikat sehingga tiga jam terakhir yang berbaki, Dia (Allah) menjadikan pada jam pertama daripada tiga jam tersebut ketetapan ajal manusia. Pada jam kedua pula Dia (Allah) menjadikan kerosakan dalam setiap perkara yang dimanfaatkan oleh manusia. Pada jam ketiga, Dia (Allah) menjadikan Adam dan memasukkannya ke dalam syurga, lalu memerintahkan Iblis untuk sujud kepada Adam, seterusnya mengeluarkan Adam daripada syurga pada jam yang terakhir. Berkata Yahudi itu: Selepas itu apa yang berlaku, wahai Muhammad? Baginda menjawab: Kemudian: “Kemudian Ia bersemayam di atas Arasy,” [al-Furqan: 59] Mereka berkata: Kamu benar sekiranya kamu sempurnakannya (ayat). Mereka menambah: Kemudian Dia (Allah) beristirehat. Lalu Nabi SAW berasa marah yang teramat sangat (mendengar ucapan Yahudi itu). Kemudian diturunkan ayat: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu). [al-Qaf: 38-39).))
[Riwayat Ibn Jarir dan di dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5973].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs