Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang Yahudi benar-benar ingin membunuhku, lalu Allah mengkhabarkannya kepadaku

Teks Bahasa Arab

همَّتْ يهودُ بالغدرِ، فأخبرني اللهُ بذلك؛ فقمتُ.

Teks Bahasa Melayu

Orang Yahudi benar-benar ingin membunuhku, lalu Allah mengkhabarkannya kepadaku, maka aku beredar.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1881, hadis no. 9472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) ((همت يهود بالغدر، فأخبرني الله بذلك؛ فقمت)). [ابن سعد، ابن اسحاق، الواقدي، - كلهم ساقوه بغير إسناد، ((الضعيفة)) (4866)]

(Lemah) Orang Yahudi benar-benar ingin membunuhku, lalu Allah mengkhabarkannya kepadaku. Maka aku pun beredar. [Riwayat Ibn Sa’ad, Ibn Ishak dan al-Waqidi – semuanya meriwayatkan tanpa sanad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4866]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.