Orang Yahudi apabila anak kecil meninggal dunia

TEKS BAHASA ARAB

كانت يهود تقول إذا هلك لهم صبي صغير قالوا: هو صديق، فبلغ ذلك النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: كذبت يهود، ما من نسمة يخلقها الله في بطن أمه إلا أنه شقي أو سعيد. فأنزل الله – عز وجل – عند ذلك هذه الآية: {هو أعلم بكم إذ أنشأكم من الأرض وإذ أنتم أجنة في بطون أمهاتكم ۖ } الآية كلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang Yahudi, apabila ada anak kecil yang meninggal dunia, mereka berkata: “Dia adalah orang yang jujur.” Maka perkataan tersebut sampai kepada Nabi SAW dan Baginda bersabda : “Orang Yahudi telah pun menipu, tidak ada seorangpun yang Allah ciptakan dalam perut ibunya melainkan ianya adalah orang yang (telah tertulis) bahwa dia menderita atau bahagia. Maka Allah ‘Azza Wajalla turunkan ayat al-Quran: {Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu.}"

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 549, hadis nombor 2866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثابت بن الحارث الأنصار، قال: ((كانت يهود تقول إذا هلك لهم صبي صغير قالوا: هو صديق، فبلغ ذلك النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: كذبت يهود، ما من نسمة يخلقها الله في بطن أمه إلا أنه شقي أو سعيد. فأنزل الله – عز وجل – عند ذلك هذه الآية: {هو أعلم بكم إذ أنشأكم من الأرض وإذ أنتم أجنة في بطون أمهاتكم ۖ } الآية كلها)). [طب، ((الضعيفة)) (6116)]

(Lemah)
Daripada Tsabit bin al-Haris al-Ansar, berkata: Sesungguhnya orang Yahudi, apabila ada anak kecil yang meninggal dunia, mereka berkata: “Dia adalah orang yang jujur.” Maka perkataan tersebut sampai kepada Nabi SAW dan Baginda bersabda : “Orang Yahudi telah pun menipu, tidak ada seorangpun yang Allah ciptakan dalam perut ibunya melainkan ianya adalah orang yang (telah tertulis) bahwa dia menderita atau bahagia. Maka Allah ‘Azza Wajalla turunkan ayat al-Quran: {Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) daripada tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu.}"
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6116]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs