Orang tua (syeikh) tidak malu untuk mempelajari ilmu sebagaimana dia tidak malu untuk makan roti

TEKS BAHASA ARAB

لا يستحي الشيخ أن يتعلم العلم كما لا يستحي أن يأكل الخبز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang tua (syeikh) tidak malu untuk mempelajari ilmu sebagaimana dia tidak malu untuk makan roti.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 208, hadis nombor 402. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يصح.

Tidak sahih.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.