Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشَّيْخُ فِي قَوْمِهِ كَالنَّبِيِّ فِي أُمَّتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang tua dalam kalangan kaumnya seperti Nabi dalam kalangan umatnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 49, hadis no. 193. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Disebutkan oleh Ibn Hibban dan beliau berkata: "Ini palsu". Ibn Taimiyyah dan Ibn Hajar menyebutkan secara pasti kepalsuannya. Al-Suyuti telah menyebutkan hadith tersebut dalam al-Jami' beliau, dalam masa yang sama beliau berkata (dalam pendahuluan) bahawa beliau menjaga kitab al-Jami' daripada memasukkan hadith yang diriwayatkan secara bersendirian oleh perawi pereka hadith atau perawi pendusta.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman