Orang terawal yang mengikuti aku dalam kalangan ahli keluarga aku adalah kamu, Fatimah

TEKS BAHASA ARAB

أول من يلحقني من أهلي أنتِ يا فاطمة، وأول من يلحقني من أزواجي زينب، وهي أطولهن كفاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang terawal yang mengikuti aku dalam kalangan ahli keluarga aku adalah kamu, Fatimah. Orang terawal yang mengikuti aku dalam kalangan isteri aku adalah Zainab. Beliau adalah orang yang panjang tapak tangannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1955, hadis nombor 9788. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
من واثلة بن الأسقع قال: قال ﷺ: أول من يلحقني من أهلي أنتِ يا فاطمة! وأول من يلحقني من أزواجي زينب، وهي أطولهن كفاً.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7133)]

(Lemah)
Daripada Wathilah Bin Al-Asqa’, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Orang terawal yang mengikuti aku dalam kalangan ahli keluarga aku adalah kamu, Fatimah. Orang terawal yang mengikuti aku dalam kalangan isteri aku adalah Zainab. Beliau adalah orang yang panjang tapak tangannya.
[Riwayat ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7133]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs