Orang terakhir yang akan memasuki syurga adalah seorang lelaki daripada Juhainah

TEKS BAHASA ARAB

آخر من يدخل الجنة رجل من جهينة ، يقال له : جهينة ، فيسأله أهل الجنة : هل بقي أحد يعذب ؟ فيقول : لا ، فيقولون : عند جهينة الخبر اليقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang terakhir yang akan memasuki syurga adalah seorang lelaki daripada Juhainah yang dipanggil Juhainah. Lalu ahli syurga bertanya kepadanya: "Adakah masih ada orang yang diazab?" Dia menjawab: "Tidak ada." Lalu mereka berkata: "Di sisi Juhainah ada khabar yang meyakinkan."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 647, hadis nombor 3346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنها – رفعه: «آخر من يدخل الجنة رجل من جهينة؛ يقال له: جهينة، فيسأله أهل الجنة: هل بقي أحد يعذب؟ فيقول: لا. فيقولون: عند جهينة الخبر اليقين». [محمد بن المظفر في «غرائب مالك»، الدارقطني في «الغرائب»، «الضعيفة» .[(377)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Orang terakhir yang akan memasuki syurga adalah seorang lelaki daripada Juhainah yang dipanggil Juhainah. Lalu ahli syurga bertanya kepadanya: Adakah masih ada orang yang diazab? Dia menjawab: Tidak ada. Lalu mereka berkata: Di sisi Juhainah ada berita yang meyakinkan.” [Riwayat Muhammad bin al-Muzaffar dalam Gharaib Malik, al-Daraqutni dalam al-Gharaib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 377]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.