Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
آخِرُ مَنْ يَدْخُلُ الجنَّةَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ: جُهَيْنَةُ فَيَقُولُ أهْلُ الجَنَّةِ: عِندَ جُهَيْنَةَ الخَبَرُ اليَقِينُ.
Teks Bahasa Melayu
Orang terakhir yang akan masuk ke dalam syurga adalah seorang lelaki yang disebut sebagai Juhainah. Penduduk syurga berkata: Di sisi Juhainah ada berita yang yakin. (Ini kerana beliau yang paling akhir keluar dari syurga maka beliau mempunyai berita adakah wujud lagi selepas beliau keluar orang yang beriman di dalam neraka).
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 5, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini adalah hari pertama yang al-Suyuti sebutkan dalam kitab beliau dan ia juga hadith pertama yang beliau RH langgar syaratnya. Beliau turut menyebutkan hadith ini dalam kitab beliau Zail al-La'ali pada kategori hadith-hadith yang beliau pasti ia palsu. Juga termasuk perkara pelik apabila al-Hafiz (Ibn Hajar) menyebutkan hadith ini dalam mukadimah Fath al-Bari, sedangkan beliau menyebutkan dengan jelas dalam kitab lain bahawa hadith tersebut termasuk hadith yang sangat lemah.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman