Orang syahid terbahagi kepada tiga

TEKS BAHASA ARAB

الشهداء ثلاثة: رجل خرج بنفسه وماله محتسباً في سبيل الله، لا يريد أن يقاتل، ولا يقتل، يكثر سواد المسلمين، فإن مات أو قتل غفرت له ذنوبه كلها، وأجير من عذاب القبر، ويؤمن من الفزع، ويزوج من الحور العين، وحلت عليه حلة الكرامة، ويوضع على رأسه تاج الوقار والخلد. والثاني: خرج بنفسه وماله محتسباً يريد أن يقتل ولا يقتل، فإن مات أو قتل؛ كانت ركبته مع إبراهيم خليل الرحمن بين يدي الله تبارك وتعالى في مقعد صدق عند مليك مقتدر. والثالث: خرج بنفسه وماله محتسباً يريد أن يقتل ويقتل، فإن مات أو قتل؛ جاء يوم القيامة شاهراً سيفه واضعه على عاتقه، والناس جاثون على الركب يقولون: ألا افسحوا لنا؛ فإنا قد بذلنا دماءنا لله تبارك وتعالى. قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: والذي نفسي بيده! لو قال ذلك لإبراهيم خليل الرحمن أو لنبي من الأنبياء؛ لزحل لهم عن الطريق؛ لما يرى من واجب حقهم، حتى يؤتوا منابر من نور تحت العرش، فيجلسون عليها، ينظرون كيف يقضى بين الناس، لا يجدون غم الموت، ولا يقيمون في البرزخ، ولا تفزعهم الصيحة، ولا يهمهم الحساب؛ ولا الميزان، ولا الصراط، ينظرون كيف قضى بين الناس، ولا يسألون شيئاً إلا أعطوه، ولا يشفعون في شيء إلا شفعوا فيه، ويعطون من الجنة ما أحبوا، ويتبوؤن من الجنة حيث أحبوا


TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang syahid terbahagi kepada tiga: Seorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya mengharapkan ganjaran di jalan Allah, tidak ingin untuk berperang dan tidak juga ingin membunuh, keluarnya supaya dapat membanyakkan tentera kaum muslimin. Apabila dia mati atau dibunuh, diampunkan baginya dosanya kesemuanya serta diselamatkan daripada azab kubur, aman daripada huru-hara yang besar, dikahwinkan dengan bidadari, dipakaikan ke atasnya dengan pakaian kemuliaan, diletakkan di atas kepalanya makhkota kemuliaan dan keabadian. Kedua: Seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya mengharapkan ganjaran di jalan Allah, keluarnya adalah untuk berperang dan membunuh namun tidak mahu dibunuh. Apabila dia mati atau dibunuh, lututnya bersama Nabi Ibrahim kekasih al-Rahman di sisi Allah di tempat yang sungguh bahagia di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya. Ketiga: Seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya mengharapkan ganjaran di jalan Allah dengan kemahuan supaya dia membunuh dan terbunuh (syahid). Apabila dia mati atau dibunuh, akan datang pada hari kiamat dengan mengangkat pedangnya serta meletakkannya di atas bahunya dan manusia yang melutut di atas lutut mereka berkata: Lapangkanlah bagi kami kerana kami telah mengorbankan darah kami untuk Allah. Rasulullah SAW berkata: Demi (Tuhan) yang jiwaku berada di tangan-Nya! Jika ia disebutkan hal itu kepada Ibrahim kekasih al-Rahman atau kepada nabi daripada para nabi, dia akan ke tepi dari jalan untuk mereka kerana melihat apa yang wajib daripada hak mereka sehingga mereka membawa mimbar dari cahaya di bawah ‘Arash lalu mereka duduk di atasnya serta melihat bagaimana manusia diadili, mereka tidak mendapati kesakitan mati, tidak juga duduk di alam Barzakh, tidak berada ketika hura-hara disebabkan jeritan, tidak takut dihisab, mizan, sirat (titian), melihat bagaimana manusia diadili dan tidak meminta sesuatu melainkan akan mereka diberikan kepadanya. Tidak meminta syafaat pada sesuatu melainkan disyafaatkan padanya, diberikan syurga berdasarkan apa yang disukai dan disiapkan untuk mereka daripada syurga seperti yang disukai.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1698-1699, hadis nombor 8556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Anas bin Malik RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Bazzar.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs