Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَيْرُ السُّودانِ ثلاثةٌ : لقمانُ، وبلالٌ، ومِهْجَعٌ مَوْلَى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم.
Teks Bahasa Melayu
Orang Sudan yang terbaik ada tiga: Luqman, Bilal dan Mihja’ bekas hamba Rasulullah SAW.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1792, hadis no. 9032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن واثلة بن الأسقع - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: خير السودانِ ثلاثة: لقمان، وبلال، ومهجع مولى رسول الله ﷺ. [ك، (الضعيفة) (1455)]
(Munkar) Daripada Waathilah bin al-Asqo’ berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Orang Sudan yang terbaik ada tiga: Luqman, Bilal dan Mihja’ bekas hamba Rasulullah SAW." [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1455]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman