Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلَى مِثْلِ جَعْفَرٍ فَلْتَبْكِ الْبَاكِيَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang seperti Ja’far sememangnya menyebabkan menangis perempuan yang menangis.
Sahabat Perawi
- Asma' binti 'Umais
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1740, hadis no. 8758. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Asma’ bin ‘Umais RA beliau berkata: Apabila Ja’far ditimpa musibah (meninggal dunia), Rasulullah SAW telah datang kepadaku dan baginda berkata: ((Wahai Asma’! Janganlah kamu berkata tidak baik dan janganlah kamu memukul dada.)) Asma' berkata: Fatimah telah datang dan baginda sedang berkata: ((Wahai sepupu! -merujuk kepada Ja'far)) Nabi SAW berkata: (((Orang) seperti Ja’far sememangnya menyebabkan menangis perempuan yang menangis.)) Dia berkata: Kemudian Nabi SAW berpaling kepada ahli keluarga Baginda lalu Baginda berkata: ((Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka sibuk pada hari ini.)) [Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3883].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman