Orang ramai itu seperti pokok yang mempunyai buah

TEKS BAHASA ARAB

الناس كشجرة ذات جني ويوشك أن يعودوا كشجرة ذات شوك إن ناقدتهم ناقدوك وإن تركتهم لم يتركوك وإن هربت منهم طلبوك قالوا وكيف المخرج من ذلك؟ قال تقرضهم عرضك ليوم فقرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang ramai itu seperti pokok yang mempunyai buah dan hampir-hampir mereka akan kembali seperti pokok yang berduri. Sekiranya kamu mengkritik mereka, mereka akan mengkritik kamu. Sekiranya kamu meninggalkan mereka, mereka tidak akan meninggalkan kamu. Sekiranya kamu lari daripada mereka, maka mereka akan mencari kamu. Para sahabat telah bertanya: Bagaimana jalan keluar daripada perkara tersebut? Baginda SAW menjawab: Kamu pinjamkan kepada mereka maruah kamu pada hari kamu berada dalam kesulitan (biarkan mereka mengutuk maruahmu untuk kamu tuntut di akhirat nanti)

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 117 – 118, hadis nombor 607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه مرفوعا: الناسُ كشَجَرَةٍ ذاتِ جَنْي ويوشك أن يَعُودوا كشجرةٍ ذاتِ شَوْك إن ناقدتَهُم ناقَدُوك وإن تركتَهم لم يترُكُوك وإنْ هربت منهم طلَبُوكً قالوا: وكيف المخرجُ مِنْ ذلك؟ قال: تُقْرِضهم عرْضَك ليومِ فَقْرِك. [الخلعي في الفوائد، ابن عساكر، الضعيفة (5637)]

(Lemah) Daripada Abū Umāmah al-Bāhilī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Orang ramai itu seperti pokok yang mempunyai buah dan hampir-hampir mereka akan kembali seperti pokok yang berduri. Sekiranya kamu mengkritik mereka, mereka akan mengkritik kamu. Sekiranya kamu meninggalkan mereka, mereka tidak akan meninggalkan kamu. Sekiranya kamu lari daripada mereka, maka mereka akan mencari kamu. Para sahabat telah bertanya: Bagaimana jalan keluar daripada perkara tersebut? Baginda SAW menjawab: Kamu pinjamkan kepada mereka maruah kamu pada hari kamu berada dalam kesulitan (biarkan mereka mengutuk maruahmu untuk kamu tuntut di akhirat nanti). [Diriwayatkan oleh al-Khal‘ī dalam al-Fawā’id dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5637]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs