Orang ramai di zaman Rasulullah ﷺ dahulu, apabila seseorang berdiri menunaikan solat, pandangannya tidak melebihi tempat letak kakinya

TEKS BAHASA ARAB

كان الناس في عهد رسول الله ﷺ إذا قام المصلي يصلي، لم يعد بصر أحدهم موضع قدميه، فلما توفي رسول الله ﷺ، فكان الناس إذا قام أحدهم يصلي لم يعد بصر أحدهم موضع جبينه، فتوفي أبو بكر، وكان عمر، فكان الناس إذا قام أحدهم يصلي، لم يعد بصر أحدهم موضع القبلة، وكان عثمان بن عفان، فكانت الفتنة، فتلفت الناس يمينا وشمالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang ramai di zaman Rasulullah ﷺ dahulu, apabila seseorang berdiri menunaikan solat, pandangannya tidak melebihi tempat letak kakinya. Tatkala Rasulullah ﷺ wafat, orang ramai apabila salah seorang daripada mereka berdiri menunaikan solat, pandangannya tidak melebihi tempat letak dahinya. Lalu Abu Bakr wafat dan masuklah zaman Umar. Orang ramai apabila seseorang daripada mereka berdiri menunaikan solat, pandangannya tidak melebihi tempat kiblat. Manakala di zaman Uthman bin ‘Affan, berlakulah fitnah, lalu orang ramai berpaling ke kanan dan ke kiri.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 360, hadis nombor 1918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم سلمة بنت أبي أمية – رضي الله عنها – زوج النبي ﷺ أنها قالت: «كانَ النَّاسُ في عَهْدِ رسولِ اللَّهِ ﷺ إذا قامَ المصلِّي يصلِّي، لم يعْدُ بصرُ أحدِهِم موضعَ قدميهِ، فلمَّا توُفِّيَ رسولُ اللَّهِ ﷺ، فَكانَ النَّاسُ إذا قامَ أحدُهُم يصلِّي لم يعدُ بصرُ أحدِهِم موضعَ جَبينِهِ، فتوُفِّيَ أبو بكرٍ، وَكانَ عمرُ، فَكانَ النَّاسُ إذا قامَ أحدُهُم يصلِّي، لم يعدُ بصرُ أحدِهِم موضعَ القبلةِ، وَكانَ عُثمانُ بنُ عفَّانَ، فَكانتِ الفتنةُ، فتَلفَّتَ النَّاسُ يمينًا وشمالًا». [هـ، طس، «الضعيفة» (1040)].

(Munkar) Daripada Ummu Salamah binti Abu Umayyah RA, isteri Nabi ﷺ, bahawa beliau berkata: "Orang ramai di zaman Rasulullah ﷺ dahulu, apabila seseorang berdiri menunaikan solat, pandangannya tidak melebihi tempat letak kakinya. Tatkala Rasulullah ﷺ wafat, orang ramai apabila salah seorang daripada mereka berdiri menunaikan solat, pandangannya tidak melebihi tempat letak dahinya. Lalu Abu Bakr wafat dan masuklah zaman Umar. Orang ramai apabila seseorang daripada mereka berdiri menunaikan solat, pandangannya tidak melebihi tempat kiblat. Manakala di zaman Uthman bin ‘Affan, berlakulah fitnah, lalu orang ramai berpaling ke kanan dan ke kiri". [Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1040].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs