Orang pertama yang memasuki tempat mandi air panas (sauna)

TEKS BAHASA ARAB

أول من دخل الحمام وصنعت له النورة سليمان بن داود، فلما دخله فوجد غمه وحره قال: أوه من عذاب الله، أوه قبل أن لا تكون أوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang pertama yang memasuki tempat mandi air panas (sauna) dan diciptakan untuknya Naurah (sejenis alat pencuci) ialah Sulaiman bin Daud. Apabila dia memasukinya, dia merasakan kegelapan dan kepanasannya, dia berkata: Aduh! Sebahagian daripada azab Allah. Aduhlah, sebelum tiada lagi keluhan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2009, hadis nombor 10080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي موسى الأشعري – رضي الله عنه – عن النبي صلى الله عليه وسلم: أول من دخل الحمام وصنعت له النورة سليمان بن داود، فلما دخله فوجد غمه وحره قال: أوه مِن عذاب الله، أوه قبل أن لا تكون أوه.
[تخ، عق، عد، هب، الطبراني في ((الأوائل))، ابن السني، ابن أبي ثابت في ((حديثه))، الثعلبي في ((تفسيره))، مشرق بن عبد الله الفقيه في ((حديثه))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2704)]

(Sangat lemah)
Daripada Abu Musa al-Ash’ari RA daripada Nabi SAW: Orang pertama yang memasuki tempat mandi air panas (sauna) dan diciptakan untuknya Naurah (sejenis alat pencuci) ialah Sulaiman bin Daud. Apabila dia memasukinya, dia merasakan kegelapan dan kepanasannya, dia berkata: Aduh! Sebahagian daripada azab Allah. Aduhlah, sebelum tiada lagi keluhan.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabeer, al-Uqaili dalam kitab al-Ḍu’afa’ al-Kabeer, al-Kamil fi al-Ḍu’afa’ oleh ibn Adiy, al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman, al-Tabrani dalam al-Awa’il, ibn al-Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah, ibn Abu Thabit dalam Hadithihi, al-Tha’laby dalam Tafsir, Mashriq bin Abdillah al-Faqih dalam Hadithihi, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, dan ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2704]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs