Orang pertama yang memasuki bilik mandi (sauna) dan diperbuat untuknya al-Naurah adalah Sulaiman bin Dawud

TEKS BAHASA ARAB

أول من دخل الحمام وصنعت له النورة سليمان بن داود، فلما دخله فوجد غمه وحره قال: أوه من عذاب الله، أوه قبل أن لا تكون أوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang pertama yang memasuki bilik mandi (sauna) dan diperbuat untuknya al-Naurah (serbuk campuran arsenik dan kalsium untuk gugurkn bulu) adalah Sulaiman bin Dawud. Apabila baginda memasukinya, baginda merasakan kegelapannya dan kehangatan (panas), maka baginda berkata: Aduh! Sebahagian daripada azab Allah. Aduh! Sebelum engkau mengeluh.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1326 – 1327, hadis nombor 6773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي موسى رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم: أول من دخل الحمام وصنعت له النورة سليمان بن داود، فلما دخله فوجد غمه وحره قال: أوه من عذاب الله، أوه قبل أن لا تكون أوه.
[تخ، عق، هب، الطبراني في ((الأوائل))، ابن السني، ابن أبي ثابت في ((حديثه))، عد، الثعلبي في ((تفسيره))، مشرق بن عبدالله في ((حديثه))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2704)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Orang pertama yang memasuki bilik mandi (sauna) dan diperbuat untuknya al-Naurah (serbuk campuran arsenik dan kalsium untuk gugurkn bulu) adalah Sulaiman bin Dawud. Apabila baginda memasukinya, baginda merasakan kegelapannya dan kehangatan (panas), maka baginda berkata: Aduh! Sebahagian daripada azab Allah. Aduh! Sebelum engkau mengeluh.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-‘Uqaili dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Tabarani dalam al-Awail, Ibn al-Sunni, Ibn Abi Thabit dalam Hadithihi, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Tha’labi dalam Tafsirihi, Mashraq bin ‘Abdillah dalam Hadithihi, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2704]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.