Orang pertama yang datang ke telaga saya daripada kalangan kalian adalah yang paling panjang tangannya

TEKS BAHASA ARAB

أولكن ترد علي الحوض أطولكن يدا. قالت ميمونة: فجعلنا نقدر أذرعنا أيتنا أطول يدا. فقال: ليس ذاك أعني إنما أعني أصنعكن يدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang pertama yang datang ke telaga saya daripada kalangan kalian adalah yang paling panjang tangannya. Maimunah berkata: Maka kami segera membandingkan lengan-lengan kami tentang siapakah yang paling panjang tangannya. Baginda SAW bersabda : Saya tidak maksudkan begitu. Yang saya maksudkan adalah tangan yang paling banyak bekerja.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1084, hadis nombor 5519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ميمونة رضي الله عنها زوج النبي صلى الله عليه وسلم، قالت: دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: أَوَّلُكُنَّ تَرِدُ عليَّ الحَوْضَ أَطْوَلُكُنَّ يدًا. قالت مَيْمُونةُ: فَجَعَلْنَا نَقْدِرُ أَذْرُعَنا أَيَّتُنَا أطولُ يدًا. فقال: ليس ذاك أعني إنما أعني أَصْنَعَكُنَّ يد. [طس، الضعيفة (6335)].

(Palsu) Daripada Maimunah RA, isteri Nabi SAW berkata, Rasulullah SAW masuk bertemu kami. Lalu Baginda bersabda: Orang pertama yang datang ke telaga saya daripada kalangan kalian adalah yang paling panjang tangannya. Maimunah berkata: Maka kami segera membandingkan lengan-lengan kami tentang siapakah yang paling panjang tangannya. Baginda SAW bersabda : Saya tidak maksudkan begitu. Yang saya maksudkan adalah tangan yang paling banyak bekerja. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no.6335]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs