Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang pertama dalam kalangan ahli keluargaku yang bakal menyusul aku selepas kewafatan aku adalah kamu, wahai Fatimah

Teks Bahasa Arab

أَوَّلُ مَنْ يَلْحَقُنِي مِنْ أَهْلِي أَنْتِ يَا فَاطِمَةُ وَأَوَّلُ مَنْ يَلحَقُنِي مِنْ أَزْوَاجِي زَيْنَبُ وَهِيَ أَطْوَلُهُنَّ كَفًّا.

Teks Bahasa Melayu

Orang pertama dalam kalangan ahli keluargaku yang bakal menyusul aku selepas kewafatan aku adalah kamu, wahai Fatimah dan yang pertama dalam kalangan isteri-isteri aku yang bakal menyusuli aku adalah Zainab dia adalah wanita yang paling panjang tangannya.

Sahabat Perawi

  1. Wathilah bin al-Asqa‘ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1111-1112, hadis no. 5624. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أول من يلحقني من أهلي أنتِ يا فاطمة وأول من يلحقني من أزواجي زينب وهي أطولهن كفًا. [ابن عساكر، الضعيفة (7133)].

(Lemah) Daripada Wathilah bin al-Asqa‘ RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Orang pertama dalam kalangan ahli keluargaku yang bakal menyusul aku selepas kewafatan aku adalah kamu, wahai Fatimah dan yang pertama dalam kalangan isteri-isteri aku yang bakal menyusuli aku adalah Zainab dia adalah wanita yang paling panjang tangannya. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7133]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.