Orang pendek boleh menjadi tinggi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن القصيرة قد تطيل. أي: تلد أولادا طوالا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Orang pendek boleh menjadi tinggi, iaitu melahirkan anak-anak yang tinggi.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 53, hadis nombor 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال صاحب القاموس: هو مثل وليس بحديث، كما وهم فيه الجوهري.

Pengarang al-Qamus berkata: Ia adalah peribahasa dan bukan hadis sepertimana yang disalahfahami oleh al-Jauhari.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs