Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Orang-orang yang zalim dan orang yang menolong mereka di dalam neraka

Teks Bahasa Arab

أَهْلُ الجَوْرِ وأعْوانُهُم في النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Orang-orang yang zalim dan orang yang menolong mereka di dalam neraka.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 656, hadis no. 3387. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن حذيفة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أهل الجور ‌وأعوانهم ‌في النار)). [عق، ك، ((الضعيفة)) (2232)]

(Munkar) Daripada Huzaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Orang-orang yang zalim dan orang yang menolong mereka di dalam neraka.” [Riwayat Al-Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2232]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.