Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Orang-orang yang suka melakukan monopoli (sorok barangan daripada pasaran) dan membunuh manusia

Teks Bahasa Arab

يُحشرُ الحكَّارونَ وقَتلةُ الأنفسِ إلى جهنَّمَ في دَرجةٍ واحِدةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Orang-orang yang suka melakukan monopoli (sorok barangan daripada pasaran) dan membunuh manusia, mereka akan berada di dalam neraka pada tingkatan yang sama.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 805, hadis no. 4147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يحشر الحكارون وقتلة الأنفس إلى جهنم في درجة واحدة)). [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5336)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang-orang yang suka melakukan monopoli (sorok barangan daripada pasaran) dan membunuh manusia, mereka akan berada di dalam neraka pada tingkatan yang sama. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5336]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.