Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Orang-orang yang soleh dari kalangan yang beriman itu ialah Abu Bakr dan ‘Umar

Teks Bahasa Arab

صالحُ المؤمنينَ: أبو بكرٍ وعمرُ.

Teks Bahasa Melayu

Orang-orang yang soleh dari kalangan yang beriman itu ialah Abū Bakr dan ‘Umar.

Sahabat Perawi

  1. Abdulllah bin Mas'ud

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1843, hadis no. 9293. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه-، عن النبي ﷺ في قوله: {فإن الله هو مولىٰه وجبريل وصـٰلح المؤْمنين ۖ} [التحریم:4]، قال: ((صالح المؤمنين: أبو بكر وعمر)). [طب، أبو علي النيسابوري في ((جزء من فوائده))، الواحدي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (٣٧٦٩)]

(Palsu) Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA, daripada Nabi SAW tentang firman-Nya: {Sesungguhnya Allah ialah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman} [Surah at-Tahrim: 4]. Baginda SAW telah bersabda: Orang-orang yang soleh dari kalangan yang beriman itu ialah Abū Bakr dan ‘Umar. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū ‘Alī al-Naisābūrī dalam kitab Juz min Fawā`idihi, al-Wāhidī dalam kitab Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3769]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.